Koma melihat Syurga dan Neraka

Tahun 2008, 2 tahun sebelum ayah aku meninggal dunia, dia terlibat dalam kemalangan dan sampai sekarang aku tidak tahu ayah aku langgar apa? Tapi pada waktu itu ayah aku nak solat subuh di Masjid Kuang. Semasa dalam perjalanan ayah aku cakap dier terlanggar sesuatu tapi x pasti terlanggar apa? Dan berdentum… orang-orang surau dikawasan tersebut bergegas keluar dan melihat ayah aku terbaring dan mereka membawa ayah aku terus ke Hospital Sungai Buloh,Terima Kasih pada Jemaah yang menghantar ayah aku di Hospital Sungai Buloh. Ayah aku koma selama beberapa hari dan apabila sedar, Alhamdulillah ayah aku pulih sedia kala. Aku ada tanya apa berlaku, ayah aku x tahu. Tapi ayah aku cakap yang dia dibawa oleh seseorang untuk melihat syurga dan neraka. Tapi ayah aku dok citer pasal neraka sahaja. Aku x tahu kenapa? Tapi mungkin nak bagi peringatan bagi yang masih hidup. Apa yang diceritakan oleh ustaz2 adalah apa yang ayah aku tengok dimana terdapat orang yang ditarik2 rambut dan kulit kepala, terjelir lidah dan sebagainya dan aku x tahu apa dosanya. Tapi ayah aku berpesan bagi orang yang membela? Maksud aku bela jin laa dan sembahyang akan masuk neraka dulu dan baru masuk syurga tapi kalo orang yang membela dan tidak solat langsung maka tidak masuk syurga langsung. jadi, maksud kt sini aku faham bahawa ayah aku nak sampai kan pesanan kepada golongan-golongan ini supaya bertaubat dan tidak mensyirikkan Allah. Jadi Bertaubatlah. Selepas dua tahun dari peristiwa koma tu.. Ayah aku telah kembali ke rahmatullah. Alfatihah untuk ayah aku.
kredit gambar Wowkeren.com

Comments

Popular posts from this blog

gula tambahan tidak baik untuk kesihatan

Empangan Batu Dulu dan Kini