Empangan Batu Dulu dan Kini

Empangan Batu terletak di Lembah Kelang, Selangor, Malaysia. Empangan ini hanyalah empangan untuk bekalan air minuman sahaja, bukan empangan janakuasa elektrik. Empangan ini menampung 30,199 juta liter air. Empangan ini telah dibina sejak zaman penjajahan British lagi bagi menampung keperluan penduduk di Selangor terutama di ibu kota Kuala Lumpur. Sungai Batu yang mengalir dari Banjaran Titiwangsa telah dipilih kerana berdekatan dengan Kuala Lumpur. Empangan Batu menyalurkan air mentah kepada loji rawatan air Sg Batu. Empangan Batu juga dikenali sebagai lokasi pemancing melepaskan gian untuk merasai tarikan ikan. Di sini terdapat pelbagai spesis ikan antaranya toman, kepar, patong, puyu, tilapia, sebarau, ikan pelampung jaring, kap sisik halus, rohu, pacu, kelisa, kaloi, lampam, merah mata (temperas), tebal sisik dan terbul. Malahan ada juga orang kampung yang berjaya memerangkap ikan kelah di sini menggunakan jaring. Kini walaupun Empangan Batu telah dipagar dengan pagar besi bergalvani setinggi 10 kaki, ada manusia yang merosakkan pagar itu demi untuk masuk ke kawasan tasik dan memancing. Jika hanya untuk memancing tidaklah terlalu menjengkelkan, tapi ada pula si pencuri motosikal yang membuang rangka atau komponen motosikal curi ke dalam tasik. Dulunya Empangan Batu cukup terkenal pada warga kota sebagai tempat melepaskan lelah setelah seminggu bekerja. Di sini mereka berkelah, berkayak, memancing, malahan ada yang biadap dengan membuat asmara dikhalayak ramai. Empangan Batu juga terkenal sebagai lokasi penggambaran drama dan filem, juga klip video untuk VCD karaoke. Akan tetapi, kegemilangan tasik ini telah lenyap kerana kerapnya berlaku kejadian orang bunuh orang, orang bunuh diri dan menjadi tempat pencuri membuang hasil curian. Empangan Batu telah dipagar pada tahun 2010. Sejak itu pagar besi tersebut telah beberapa kali melalui fasa baikpulih dek kerana tingkah segelintir manusia bodoh yang suka merosakkan harta yang bukan milik mereka. Segala fasiliti seperti tandas awam, bangku, rel pengunci basikal, dan lampu jalan telah rosak dan diabaikan oleh pihak berkuasa kerana Empangan Batu tidak lagi menjadi kawasan tumpuan masyarakat. Kepada peminat paranormal, sepanjang jalan yang melalui Empangan Batu adalah antara lokasi wajib pencarian anda. Pelbagai cerita seram didengari daripada kalangan pengguna jalan Empangan Batu.(kredit Wikipedia) Walaupun empangan batu ini telah ditutup, ianya menjadi satu nostalgia sewaktu zaman remaja aku, dimana disitu kami berlatih bermain street soccer di kawasan bawah empangan batu. berlatih bermain street soccer pada siang atau pagi tapi dibelah malamnya kami berentap bermain futsal bagi mengekalkan kejuaraan. hampir setiap hari kami berlatih dikawasan bawah tersebut dengan menghimpunkan budak-budak sekolah sungai kertas dan selayang baru untuk berlatih bersama. tapi apakan daya apabila semua telah bekerja tiada lagi bola dalam hidup kami. biasalah semua sudah menjadi family man. hahahaha sebenarnya empangan ini ada satu terowong dibawah kawasan empangan tersebut. sewaktu zaman sekolah saya pernah memasuki kawasan terowong tersebut dengan pekerja disana mengikut lawatan sekolah. pada masa itu, baru saya tahu ada terowong disitu, walhal aku suka baling batu kedalam empangan tersebut. setelah menyedari ada terowong barulah aku tidak membaling batu dan setiap kali aku nampak budak-budak baling batu aku akan tegur(tapi masa dulu laa sekarang kan dah tutup, xder laa sapa-sapa baling batu) ketika aku masuk terowong tuu dulu, pegawai disana memberitahu kenapa tidak membenarkan orang membaling batu atau barangan ke dalam empangan, sebenarnya tidak mahu terowong dalam kawasan empangan tersebut retak atau rosak dan kos membaik pulih adalah tinggi. tentang jalan empangan berhantu, tidak dapat disahkan kerana selama aku lalu disana diantara empangan dan ulu yam tidak pernah pula kelihatan kerana ramai melalui jalan disitu. serta terdaapt orang yang mengambil air mineral tau air mata air di atas puncak jalan ulu yam tersebut. sekiranya korang lalu, cubalah berhenti ambil air mata air tersebut untuk diminum, masak nasi dan sebagainya. airnya segar dan sedap. kalh air tapis yang korang gunakan. sekian.
(krredit: wikimapia) ini tempat nak masuk terowong tu.
(kredit :blog sampah) ini tempat orang amik air mata air di ulu yam

Comments

Popular posts from this blog

gula tambahan tidak baik untuk kesihatan

Koma melihat Syurga dan Neraka