Posts

Showing posts from December, 2020

Tolong bagi Signal

Image
hi.. tolong lah beri signal, tahu x kenapa kita kena beri signal untuk belok kiri atau kekanan. cuba korang bayangkan kalo korang x bagi signal apa akan jadi. tidak kisahlah korang bawak kereta atau motor, memang kerajaan dah tetapkan peraturan untuk memberi signal jika ingin membelok. antara kebaikan korang memberi signal adalah dapat mengelakkan kemalangan, melancarkan perjalanan dan dapat menjadikan kehidupan lebih harmoni kerana orang tidak stress dan marah-marah kepada korang. aku antara orang yg selalu memberi isyarat tangan mulut burung yang bermaksud, wei nak belok tolong laa bagi signal, nasib baik aku x jatuh motor. satu lagi kalo aku bawak kereta aku pandang jer kereta tersebut sambil mulut menyumpah-nyumpah dan memberi isyarat tangan mulut burung. tahu x kenapa? ko bayang kan kalo laa ada suami isteri dalam kereta, si isteri tengah menyusukan baby, kerana ko x bagi signal, kadang-kadang pasangan tersebut berada dibelakang kereta ko terpaksa menggunakan brek kecemasan. m...

kebaikan nanas

Image
Secara asasnya, buah tersebut mempunyai kandungan vitamin C, vitamin B, B1, B3 (niacin), karbohidrat, potassium, sodium dan enzim bromelin. Terdapat banyak manfaat nanas kepada kesihatan. Antaranya ialah: 1. Melawan radikal bebas Rasa manis, masam dan segar dengan kandungan vitamin C sangat baik untuk mencegah radikal bebas dari memasuki badan dan boleh menyebabkan banyak gangguan pada kulit atau organ dalaman. Bagi mendapat manfaatnya, menikmati nanas secara berkala sama ada dalam bentuk jus, yogurt atau dimakan secara langsung. 2. Mengekalkan kesihatan jantung Kandungan kalium yang ada pada buah nanas dapat mengimbangi kandungan air dalam badan dan mengurangkan risiko hipertensi. Selain itu, kandungan vitamin C yang ada pada buah nanas dapat mencegah gangguan pada saluran darah akibat ketebalan kolesterol yang tidak baik. 3. Membantu mengurangkan lemak Buah nanas mengandungi gula semula jadi yang cukup baik untuk tubuh dan mencetuskan pembakar lemak dalam badan untuk berjala...

Kebaikan air kelapa

Image
1) Dapat mengurangkan berat badan Kandungan lemak air kelapa sangat rendah, jadi anda tidak perlu bimbang berat badan naik sekiranya minum secara berlebihan. 2. Baik untuk kulit Kulit anda akan cantik dan licin berseri jika kerap menikmati air kelapa. Ia juga membantu memulihkan kelembapan semula jadi kulit anda. 3) Melambatkan proses penuaan Air kelapa mengandungi Cytokinins yang mempunyai kesan antipenuaan pada tisu dan sel-sel kulit. Kuasa penghidratan air kelapa dapat memastikan kulit anda mendapat kelembapan yang cukup untuk membantu dalam melambatkan penuaan kulit. 4) Membantu penghadaman Jika perut sentiasa kembung dan sukar untuk hadam makanan, air kelapa boleh membantu proses penghadaman. Air kelapa mengandungi kadar serat tinggi yang boleh membantu dan mencegah masalah pencernaan. 5) Menurunkan tekanan darah Tahap elektrolit yang tidak seimbang di dalam badan boleh menyebabkan tekanan darah menjadi tinggi. Air kelapa mempunyai kandungan elektrolit yang mencukup...

Cara Guna Kredit Kad

Image
Zaman sekarang nie ramai orang mempunyai kredit kad dan Debit kad? tapi tahukah anda cara untuk menggunakan kredit kad dan mendapat keuntungan daripadanya. Setiap bank mempunyai cara atau strategi tertentu untuk menarik masyarakat menggunakan kad kredit. saya mempunyai kad kredit bank rakyat iaitu kad kredit yang diberi semasa permohonan pinjaman dahulu dan saya telah pakai sejak tahun 2018. biasalaa baru nak pandai guna. keuntungan menggunakan kredit kad ini adalah setiap pelanggan akan menerima mata ganjaran yang boleh ditukar kepada tunai atau barangan, biasanya saya tukar kepada tunai untuk hapuskan fee tahunan. cara bayaran sebagaimana yang diketahui bahawa statement kredit kad adalah sehingga 15hb setiap bulan, dan anda dikehendaki menyelesaikan bayaran sehingga 20 hari atau 5 hb setiap bulan untuk tidak dikenakan caj faedah bank. so jika kita menggunkan kredit kad shingga RM 2000 atau lebih, kita hendaklah selesaikannya secepat mungkin untuk memastikan kita mendapat keuntung...

Penyakit Cegahan Vaksin- Polio Wujud di Malaysia

Image
Kenyataan akhbar pada 18 Disember 2019 yang dibuat Oleh Ketua Pengarah Kesihatan mengenai wujudnya kes pertama polio selepas program vaksinisasi dilaksanakan. Kes melibatkan seorang bayi lelaki warganegara Malaysia berumur tiga bulan dari Tuaran, Sabah yang telah mengalami demam diikuti dengan lemah anggota badan dan telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi di hospital. Beliau telah disahkan dijangkiti vaccine-derived poliovirus type 1 (VDPV1) pada 6 Disember 2019. Hasil ujian pengesahan yang dijalankan oleh World Health Organization (WHO) Polio Regional Laboratory di Australia, virus tersebut mempunyai perkaitan genetik dengan virus polio yang dikesan pada kes Acute Flaccid Paralysis (AFP) di negara Filipina. Seterusnya, vaccine-derived poliovirus type 1 ini diklasifikasikan sebagai circulating vaccine-derived poliovirus type 1 (cVDPV 1).(KP Kesihatan) Sehingga 5 Disember 2019, hasil siasatan di kawasan tempat tinggal kanak-kanak yang dijangkiti polio di Sabah ini mendapati 23 daripada...

cacar air (chicken pox)

Image
Saya mempunyai 3 orang anak, 2 daripada mereka telah mengalami chicken pox atau cacar air. biasanya penyakit ini mereka dapat dari taska atau sebagainya. waktu anak saya kena penyakit ini, saya bertungkus lumus mencari daun semambu. nak tahu macamana daun semambu? meh saya payung gambar Daun Semambu ini senang untuk didapati biasanya dirumah kaum india. mereka banyak menanam pokok semambu. cara untuk menggunan dauan semambu ini biasanya saya kan basuh dahulu daun semambu ini. selepas bersih ketika mandikan anak, saya kan tonyoh daun ini pada parut atau blister cacar air ini supaya pecah dan dibersihkan. jika rasa sakit adalah sebaiknya daun semambu itu ditumbuk dan dijadikan losyen untuk disapu pada kulit anak. untuk mengetahui lebih lanjut tentang cacar air ini, mari kit merujuk ke page KKM. Chicken pox juga dikenali sebagai cacar air, jintungan atau bertih (mengikut dialek daerah). Ia disebabkan oleh virus Varicella (kumpulan virus herpes) dan amat mudah berjangkit. Ia berlaku ...

Penyakit Berjangkit (Batuk Kering@ TIBI)

Image
Apa Itu Batuk Kering @ Turbekulosis(TB)? Batuk kering atau Tuberkulosis (TB) adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh sejenis bakteria yang dikenali sebagai Mycobacterium tuberculosis yang selalunya menjangkiti paru-paru. Namun, ia juga boleh menjangkiti bahagian badan yang lain seperti tulang, sendi, organ pembiakan dan perkumuhan, usus, kulit, selaput otak (tuberculous meningitis) dan lain-lain. TB adalah salah satu masalah kesihatan yang muncul semula Cara Penyakit ini berjangkit: Penyakit TB berjangkit melalui Udara ketika pesakit TB batuk atau Bersin. bakteria ini boleh menjangkiti individu yang berada berhampiran dengan pesakit TB. Kawasan tertutup juga mempunyai risiko yang tinggi untuk menjangkiti orang lain. Tanda dan Gejala penghidap Penyakit TB Batuk berterusan melebihi dua (2) minggu, Batuk berkahak dan kadang-kala berdarah, Hilang selera makan dan susut berat badan, Demam, Sukar bernafas (Dispnea), Berpeluh di waktu malam, Sakit dada, Suara serak. cara raw...

Empangan Batu Dulu dan Kini

Image
Empangan Batu terletak di Lembah Kelang, Selangor, Malaysia. Empangan ini hanyalah empangan untuk bekalan air minuman sahaja, bukan empangan janakuasa elektrik. Empangan ini menampung 30,199 juta liter air. Empangan ini telah dibina sejak zaman penjajahan British lagi bagi menampung keperluan penduduk di Selangor terutama di ibu kota Kuala Lumpur. Sungai Batu yang mengalir dari Banjaran Titiwangsa telah dipilih kerana berdekatan dengan Kuala Lumpur. Empangan Batu menyalurkan air mentah kepada loji rawatan air Sg Batu. Empangan Batu juga dikenali sebagai lokasi pemancing melepaskan gian untuk merasai tarikan ikan. Di sini terdapat pelbagai spesis ikan antaranya toman, kepar, patong, puyu, tilapia, sebarau, ikan pelampung jaring, kap sisik halus, rohu, pacu, kelisa, kaloi, lampam, merah mata (temperas), tebal sisik dan terbul. Malahan ada juga orang kampung yang berjaya memerangkap ikan kelah di sini menggunakan jaring. Kini walaupun Empangan Batu telah dipagar dengan pagar besi berga...