kebaikan nanas

Secara asasnya, buah tersebut mempunyai kandungan vitamin C, vitamin B, B1, B3 (niacin), karbohidrat, potassium, sodium dan enzim bromelin. Terdapat banyak manfaat nanas kepada kesihatan. Antaranya ialah: 1. Melawan radikal bebas Rasa manis, masam dan segar dengan kandungan vitamin C sangat baik untuk mencegah radikal bebas dari memasuki badan dan boleh menyebabkan banyak gangguan pada kulit atau organ dalaman. Bagi mendapat manfaatnya, menikmati nanas secara berkala sama ada dalam bentuk jus, yogurt atau dimakan secara langsung. 2. Mengekalkan kesihatan jantung Kandungan kalium yang ada pada buah nanas dapat mengimbangi kandungan air dalam badan dan mengurangkan risiko hipertensi. Selain itu, kandungan vitamin C yang ada pada buah nanas dapat mencegah gangguan pada saluran darah akibat ketebalan kolesterol yang tidak baik. 3. Membantu mengurangkan lemak Buah nanas mengandungi gula semula jadi yang cukup baik untuk tubuh dan mencetuskan pembakar lemak dalam badan untuk berjalan lancar. Jadikan nanas sebagai snek harian anda. 4. Meningkatkan ketahanan Nanas yang mengandungi banyak vitamin C boleh meningkatkan daya tahan. Kandungan antioksidan membolehkan tubuh sentiasa berjaga-jaga terhadap serangan bakteria, kulat dan virus. 5. Tulang lebih sihat Nanas mengandungi sebatian mangan yang bagus untuk tulang dan tendon otot yang mengelilinginya. Selain itu, nanas juga baik untuk mata, menghindari sembelit, cirit-birit, mengurangkan keradangan usus, mengawal diabetes dan sebagainya lagi. (Sumber: doktersehat.com via sinar harian) tetapi jangan anda terkejut kerana nanas pun mempunyai gred tersendiri, antaranya ialah Md2 , Madu , N36 & Morris
(kredit anim agro technology
(kredit anim agro technology)
(kredit nenas madu zira amani)

Comments

Popular posts from this blog

gula tambahan tidak baik untuk kesihatan

Koma melihat Syurga dan Neraka

Empangan Batu Dulu dan Kini