Rumah Impian.
Setiap orang mesti mengimpikan sebuah rumah yang indah, ada yang ingin rumah umpama istana di bandar, ada yang nak rumah sebelah KLCC, ada yang nak rumah di kampung. Bagi saya, rumah yang saya inginkan adalah rumah dalam suasana kampung yang berhampiran sungai yang bersih sambil mendengar deruan air terjun dan kicauan burang. rumah sebegitu hanyalah sebuah impian sahaja dan mungkin boleh direalisasikan apabila sudah pencen dan inginkan ketenangan dari hiruk piruk kota. Ketenangan yang diiginkan mungkin boleh direalisasikan jika kita rajin menyimpan pada umur muda dan merealisasikannya pada masa tua jika umur panjang. rumah idaman yang saya inginkan adalah rumah kampung dikawasan 1 ekar dan mempunyai anak sungai untuk saya menternak ikan serta mempunyai kebun durian. InsyaAllah jika dikurnikan reseki oleh Allah mungkin rumah impian ini boleh direalisasikan. wasalam. kredit: teamtravel.my