Perniagaan atas Talian atau e-dagang
Menurut Suhaila, Fatehah, Siti Syuhada dan Nuzul Akhtar(2017) manyatakan faktor kemudahan, populariti dan keselamatan adalah penting bagi mempengaruhi kepercayaan pengguna terhadap pembelian atas talian. Satu lagi faktor iaitu pengalaman tidak signifikan mempengaruhi kepercayaan pengguna terhadap pembelian atas talian. Dapat disimpulkan bahawa perniagaan diatas talian sekarang semakin popular serta selamat seperti Lazada, Shopee, e-bay dan sebagainya. Aplikasi popular seperti ini biasanya mempunyai kepercayaan yang tinggi terhadap pengguna dan masyarakat islam perlu mengambil peluang dalam melaksaksanakan Jual Beli ini menerusi atas talian.
Menurut Siti Norhanani (2018) transaksi dalam bentuk e-dagang dan undang-undang yang mengiktiraf transaksi ini iaitu Akta Perdagangan Elektronik 2006 dilihat tidak bercanggah dan selaras dengan transaksi dalam muamalah Islam. Pernyataan ini diperkuatkan lagi dengan kaedah fiqh dalam mazhab syafi’e yang boleh digunapakai dalam masalah ini iaitu kaedah “Asal pada (kebanyakan) perkara adalah harus sehingga ada dalil yang menunjukkan ianya haram” sebagaimana hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
”Apa-apa yang halal akan dihalalkan dalam Kitab Allah, dan apa-apa yang haram akan diharamkan dalam Kitab Allah, dan apa-apa yang didiamkan, maka ia dimaafkan”(riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah)
Isu Syariah yang timbul berhubung apakah bentuk kontrak yang berlaku dalam e-dagang sama ada kontrak secara berlafaz, bertulis, perbuatan dan isyarat. Bagi menentukan bentuk kontrak e-dagang, boleh melihat kepada perantara yang digunakan utuk berurusniaga secara e-dagang yang mana ia melibatkan penggunaan komputer. Oleh kerana dalam e-dagang berlakunya kontrak secara digital yang mana komputer pembeli berinteraksi dengan komputer penjual dan setiap data yang dihantar melalui dua komputer tersebut boleh dicetak maka kontrak yang berlaku dalam e- dagang ialah kontrak secara bertulis.
Jualan diatas talian ini biasanya menggunakan khiyar samada khiyar majlis, khiyar asy-syarat khiyar al-aib dan khiyar ar-rukyah.
CONTOH:
Pembelian Menerusi aplikasi Shopee/LAZADA
Kebiasaannya Penjualan Menerusi aplikasi Shopee dan Lazada adalah barangan yang Tahan Lama dan tidak mudah rosak. Bahan yang mudah Rosak Seperti Makanan Basah, Buah-buahaan tidak dijual melalui aplikasi ini. Pembelian menerusi aplikasi ini biasanya pembeli akan membayar dahulu pembelian menerusi aplikasi ini dan duit yang dibayar akan ditahan oleh aplikasi tersebut. Setelah produk atau barangan telah sampai barulah pembeli mengesahkan penerimaan barangan dan pembayaran akan diluluskan oleh aplikasi tersebut. Sekiranya tiada barangan yang diterima, pembeli boleh mendapatkan wang kembali melalui aplikasi tersebut kerana penjual tidak dapat menyediakan produk dan perkhimatan.
Menurut Syed Mohd Ghazali Wafa Syed Adwam Wafa, Mohd Hizam Hanafiah, Muhammad Nasri Md. Hussain & Mohamad Abdul Hamid. (2015) Kontrak Amanah iaitu kontrak yang diadakan tanpa proses tawar menawar diantara kedua pihak sebelum menandatangani kontrak. Berdasarkan kontrak tersebut dapat dinyatakan bahawa jual beli menerusi aplikasi seperti shopee dan Lazada adalah mengikut Kontrak Amanah dimana pembeli tidak membuat tawar menawar dengan penjual dan pembeli hanya membuat perbandingan menerusi harga yang ditawarkan oleh pembeli dan boleh dikatakan persaingan antara peniaga mempunyai persaingan sempurna.
Dalam Jual Beli Menerusi aplikasi Shopee dan Lazada, dapat disimpulkan disini bahawa Pembeli boleh membatalkan jual beli tersebut sekiranya barangan tersebut tidak sampai, spesifikasi tidak sama seperti yang dinyatakan didalam aplikasi serta barangan tersebit rosak. Pembeli dan penjual boleh berinteraksi melalui aplikasi tentang ketidakpuasan hati serta boleh menggantungkan pembayaran. Sekiranya kedua-dua pihak bersetuju untuk membatalkan jual beli, maka pihak penjual boleh membatalkan jual beli tersebut dengan syarat pelanggan memulangkan barangan yang rosak atau tidak memenuhi spesifikasi kepada penjual. Bagi barangan yang tidak sampai kerugian akan ditanggung oleh pihak penghantaran. Berdasarakan situasi tersebut, aplikasi shopee dan Lazada melaksanakan khiyar dalam urusan penjualan mereka. Antara ikhyar yang dilaksanakan adalah Khiyar Majlis ( hak bagi membatalkan perjanjian semasa selagi majlis belum berakhir yakni selagi majlis sedang berlangsung dan pembeli belum mengesahkan penerimaan barangan atau produk) dan khiyar aib ( pembeli diberi pilihan sama ada merelakan kecacatan yang ada atau memulangkan semula barangan tersebut kepada penjual dengan dia membatalkan jual beli tersebut dan mengambil semula bayaran yang telah dibuat.
Sumber :
[Suhaila, Fatehah, Siti Syuhada Dan Nuzul Akhtar.2017. Kepercayaan Pengguna Dalam Pembelian Atas Talian: Kajian Kes Pelajar Tahun Akhir Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. Bandar Seri Putra. Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.]
[Sitinohanani.2018.kedudukan ijab dan qabul didalam aqad jual beli secara atas talian. Retrieved from https://sitinorhanani.wordpress.com/2018/10/18/kedudukan-ijab-dan-qabul-di-dalam-aqad-jual-beli-secara-atas-talian/]
[Syed Mohd Ghazali Wafa Syed Adwam Wafa, Mohd Hizam Hanafiah, Muhammad Nasri Md. Hussain & Mohamad Abdul Hamid. (2015). Perniagaan Mengikut Perspektif Islam. Petaling Jaya: Leeds Publications.]
Gambar : Facebook

Comments
Post a Comment