Belajar dari rumah
Masa Pandemik covid-19 nie, terasa betapa penatnya belajar dari rumah, seumpama belajar 24 jam dengan tutorial yang berlambak, setiap minggu subjek yang hardcore biasanya memberikan tutorial yang cukup banyak. subjek biasa juga memerlukan masa untuk disiapkan. pening , penat, stress semua dapat. nak bersukan belum tentu lagi. tidur pun x cukup. tapi apa kan daya, nak A perlu berjuang. xkan nak tinggalkan dan berputus asa.
bila masa ujian dan kuiz, semua assignment tergendala, kerana takut gagal jadi beri tumpuan pada ujian dan kuiz. Ujian dan kuiz secara open book ini bukan lah memberi soalan yang senang tetapi kepada soalan yang susah dan kadang-kadang ada soalan yang lain dari tutorial. sebagai contoh, soalan tutorial atau tugasan adalah lebih senang tetapi bila ujian soalan diluar kotak dengan masa terhad dan pensyarah tidak pernah mengajar secara terus soalan berkenaan adalah sangat memeningkan pelajar (biasanya pelajar U kena belajar sendiri lebih). tetapi kerana nota yang tidak mencukupi juga menjadikan pelajar terkesima seketika (yerlaa soalan ko x pernah buat) tapi masuk ujian.hahahaa...
Pada masa ujian juga, kadang-kadang masa yang diberi tidak mencukupi. sebagai contoh, masa untuk menjawab soalan adalah sebanyak 1 jam, oleh kerana perlu hantar secara PDF pelajar memerlukan lebih masa untuk scan jawapan. mungkin pensyarah boleh mempertimbangkan masa lebih sedikit untuk menolak markah mereka yang hantar lambat. ini adalah kerana tidak semua pelajar mempunyai kelengkapan yang canggih dan mempunyai akses internet yang laju.
Dirumah juga tidak mempunyai persekitaran yang sesuai berikutan bunyi bising dan sebagainya selain bahan rujukan melalui internet. bagi pelajar yang mempunyai anak(pelajar senior), ianya lebih mencabar kerana semasa kelas atas talian belum tentu pelajar boleh memberi tumpuan 100% kerana perlu memberi tumpuan kepada anak-anak. berikutan pandemik ini, pelajar senior tidak boleh menghantar anak ke taska dan sebagainya.
bagi mengatasi masalah ini, adalah bagus sekiranya semua pihak memberikan masa yang sesuai dan memberi soalan berdasarkan apa yang diajar.
Nukilan.
sumber: gambar facebook

Comments
Post a Comment