Peranan Perniagaan dan Keusahawanan dalam Islam

Masyarakat Islam tidak boleh ketinggalan dalam perniagaan dan keusahawanan dalam menghadapi cabaran perniagaan terutama pada masa berlakunya pandemikcovid-19 di Malaysia. Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, jumlah tertinggi kadar pengangguran adalah pada Mei 2020 iaitu sebanyak 826,100 orang telah kehilangan kerja akibat berlakunya Pendemik ini. Pendemik ini memberi kesan kepada keseluruhan masyarakat di Malaysia. Oleh itu, ramai masyarakat mula berjinak-jinak dalam bidang perniagaan dan hiburan seperti Makanan dan Minuman, Penghantaran, Multi Level Marketing (MLM),YouTuber, Gamers dan sebagainya bagi mencari pendapatan. Medium seperti YouTube, Facebook, Instagram, Tiktok dan sebagainya bagi dijadikan sebagai medium hiburan dan juga pemasaran bagi mempengaruhi masyarakat dalam pembelian. Terdapat juga personaliti atas talian melakukan pemasaran gerilla bagi meraih populariti dan meningkatkan jualan produk mereka. Perniaga juga harus tahu bagaimana hendak memulakan perniagaan dan mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh Kerajaan.
sumber: ( Department Of Statistic Malaysia. 2020. Unemployment. Retrieved from https://www.dosm.gov.my/v1/ ) ( Gambar nadi negara ) ( assignment PMPI )

Comments

Popular posts from this blog

gula tambahan tidak baik untuk kesihatan

Koma melihat Syurga dan Neraka

Empangan Batu Dulu dan Kini