Kempen Buy Muslim First (BMF)

Menurut KAJIAN Kempen BMF merupakan satu kempen yang memberi impak besar terhadap ekonomi negara yang tercetus sekitar akhir tahun 2018 yang dilancarkan oleh Gerakan pembela Ummah. Kempen ini juga mampu membantu peniaga muslim untuk lebih maju dalam sektor ekonomi dalam negara. Kempen BMF bukan bertujuan untuk memboikot produk non muslim tapi lebih mengutamakan produk keluaran muslim yang mengutamakan produk keluaran muslim yang berkonsepkan halalan toyyiban yang lebih terjamin kualitinya. Kempen ini mula tercetus rentetan daripada isu sentiment perkauman yang mana penjual non-muslim lebih cenderung untuk mengurangkan pengambilan produk muslim untuk dipasarkan dan akibat dari diskriminasi daripada pembekal non-muslim kepada peniaga muslim di mana mereka mengenakan harga tinggi kepada peniaga muslim.Melalui kempen BMF ini, ia dapat menjamin kebersihan dan kesihatan yang baik kerana penyediaan makanan telah disediakan oleh orang muslim dan ini daapt mencapai maqasid syariiah dalam penjagaan akal dan nyawa. Selain itu, kempen ini juga daapt menjamin masa depan anak-anak jika ibu bapa mendidik anak-anak mereka dengan mendahulukan produk keluaran muslim dan pada masa yang ia daapt memelihara keturunan maruah dalam sesebuah keluarga. Kempen ini juga dapat mendidik orang ramai untuk menjaga kebersihan dan kesucian sesuatu Barangan atau produk. Jika kita lihat dengan pelaksanaan kempen seperti ini masyarkat sudah mula mementingkan kebersihan dan kesucian bekalan makanan. Jika sebelum ini terdaapt video viral mengenai restoran mamak menggunkan lopak air bagi mencuci pinggan yang telah digunakan dan video mengenai penternakan ikan patin negeri perak yang mendakwa memberi makan kepada ikan ternakannnya yang diusahkan secara haram dengan bangkai babi. Dengan adanya kempen ini masyarkat sudah mula membeli barangan halalan toyyiban dengan mengetahui sumber jika dibeli melalui orang muslim dan mengelak dari perkaran syubhah. Kempen BMF ini juga berjaya meningkatkan pendapatan dan ekonomi muslim kerana masyarakat sudah mula mentik beratkan kebersihan dan kesucian barangan walaupun harganya mahal sedikit demi menajaga kebersihan dan keyakinan akan barangan yang dibeli. Dengan terlaksananya kempen ini juga, masyarkat sudah mula mengetahui barangan mana buatan muslim dan bukan buatan muslim. Bagi memudahkan dan memenuhi keperluan muslim terdaapt pasaraya muslim telah dibina seperti MALAKAT Mall di Cyberjaya serta pasaraya sedia ada yang menjual barangan muslim seperti pasraya Ikhwan dan sabasun diterengganu. Dengan adanya pasaraya ini, produk keluaran muslim semakin mudah didapati dan kilang-kilang pengeluaran muslim dapat meningkatkan kapasiti pengeluaran.
Sumber : (Gambar harakah daily) (Nurul Zubaidah Mustaffa, Sarah Aqila Marzuki, Sharifah Musfirah Tuan Azmi, Wan Nor Naimah Husnah Wan Mansor, Wan Nur Syafirah Wan Yusof Dan Wan Mohd Yusof Wan Chik.2019. Kempen Buy Muslim first: analisis menurut maqasid yariah.retrievd from https://www.tatiuc.edu.my/assets/files/ICTM19-Papers/ICTM-23.pdf) (Nor Azaruddin.2019. BMF. Retrieved from http://www.ikim.gov.my/index.php/2019/09/20/buy-muslim-first-bmf/)

Comments

Popular posts from this blog

gula tambahan tidak baik untuk kesihatan

Koma melihat Syurga dan Neraka

Empangan Batu Dulu dan Kini