Cara Guna Kredit Kad

Zaman sekarang nie ramai orang mempunyai kredit kad dan Debit kad? tapi tahukah anda cara untuk menggunakan kredit kad dan mendapat keuntungan daripadanya. Setiap bank mempunyai cara atau strategi tertentu untuk menarik masyarakat menggunakan kad kredit. saya mempunyai kad kredit bank rakyat iaitu kad kredit yang diberi semasa permohonan pinjaman dahulu dan saya telah pakai sejak tahun 2018. biasalaa baru nak pandai guna. keuntungan menggunakan kredit kad ini adalah setiap pelanggan akan menerima mata ganjaran yang boleh ditukar kepada tunai atau barangan, biasanya saya tukar kepada tunai untuk hapuskan fee tahunan. cara bayaran sebagaimana yang diketahui bahawa statement kredit kad adalah sehingga 15hb setiap bulan, dan anda dikehendaki menyelesaikan bayaran sehingga 20 hari atau 5 hb setiap bulan untuk tidak dikenakan caj faedah bank. so jika kita menggunkan kredit kad shingga RM 2000 atau lebih, kita hendaklah selesaikannya secepat mungkin untuk memastikan kita mendapat keuntungan. jika anda membayar secara minimum, ini akan mengakibatkan anda membayar secara berganda dan faedah yang tinggi kepada bank sehingga 11%. Ingat bayar terus semua hutang sebelum tarikh dikenakan caj bagi mengelak faedah bank. Jika tidak sakit lah badan untuk membayarnya. Promosi Pelbagai promosi dibuat oleh bank, sebagai seorang pengguna, kita haru bijak memilih kredit kad yang memberi keuntungan yang tinggi kepada kita. sebagai contoh terdapat bank yang memberi cashback sehingga 10% dalam pembelian petrol dan barangan runcit. Disamping kita mengumpul mata ganjaran dapat juga kita mendaapt cashback dalam pengisisan minyak petrol dan pembelian barangan runcit. so, jadilah pengguna bijak, jangan ada kredit kad semua benda diluar kemampuan hendak dibeli kerana akan memberi mudharat kepada kita. dari jadi mudharat baik menjadi manfaat. sekian sahaja dari saya.wallahualam

Comments

Popular posts from this blog

gula tambahan tidak baik untuk kesihatan

Koma melihat Syurga dan Neraka

Empangan Batu Dulu dan Kini