Penyakit Berjangkit (Batuk Kering@ TIBI)
Apa Itu Batuk Kering @ Turbekulosis(TB)?
Batuk kering atau Tuberkulosis (TB) adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh sejenis bakteria yang dikenali sebagai Mycobacterium tuberculosis yang selalunya menjangkiti paru-paru. Namun, ia juga boleh menjangkiti bahagian badan yang lain seperti tulang, sendi, organ pembiakan dan perkumuhan, usus, kulit, selaput otak (tuberculous meningitis) dan lain-lain.
TB adalah salah satu masalah kesihatan yang muncul semula
Cara Penyakit ini berjangkit:
Penyakit TB berjangkit melalui Udara ketika pesakit TB batuk atau Bersin. bakteria ini boleh menjangkiti individu yang berada berhampiran dengan pesakit TB. Kawasan tertutup juga mempunyai risiko yang tinggi untuk menjangkiti orang lain.
Tanda dan Gejala penghidap Penyakit TB
Batuk berterusan melebihi dua (2) minggu,
Batuk berkahak dan kadang-kala berdarah,
Hilang selera makan dan susut berat badan,
Demam,
Sukar bernafas (Dispnea),
Berpeluh di waktu malam,
Sakit dada,
Suara serak.
cara rawatan
Penyakit TB dirawat dengan rawatan pelbagai ubat selama 6 bulan (isoniazid, rifamipicin, ethambutol dan pyrazinamide selama 2 bulan, diikuti dengan isoniazid dan rifamipicin selama 4 bulan).
Bagi TB rentan ubat.(Drug resisant) lebih sukar dirawat. Ia memerlukan 4 hingga 6 jenis ubat selama 18 sehingga 24 bulan dan rawatan pula perlu dilakukan oleh pakar yang terlatih.
Pencegahan
Imunisasi Bacille Calmette Guerin (BCG) diberikan kepada semua bayi yang baru lahir kecuali bayi yang mempunyai kontraindikasi seperti ibu HIV positif, bayi kurang berat badan. (semua bayi yang mempunyai kontraindikasi akan diberikan imunisasi BCG setelah mendapat pandangan daripada pakar kanak-kanak)
Revaksinasi BCG diberikan kepada bayi atau kanak-kanak yang berumur sehingga 15 tahun jika telah diberikan imunisasi BCG tetapi tidak mempunyai parut BCG, mempunyai parut pinpoint iaitu kurang dari 2mm dan tidak pernah mendapat imunisasi BCG.
Perlindungan vaksin bermula selepas 4 hingga 6 minggu. Dos tambahan tidak diperlukan. Imunisasi BCG telah terbukti memberi 70 hingga 80% perlindungan terhadap meningitis TB.
Jenis Vaksin:Vaksin hidup tubercle bacilli
Rujukan: Portal Myhealth KKM gambar : umie oh umie

Comments
Post a Comment