Tolong bagi Signal

hi.. tolong lah beri signal, tahu x kenapa kita kena beri signal untuk belok kiri atau kekanan. cuba korang bayangkan kalo korang x bagi signal apa akan jadi. tidak kisahlah korang bawak kereta atau motor, memang kerajaan dah tetapkan peraturan untuk memberi signal jika ingin membelok. antara kebaikan korang memberi signal adalah dapat mengelakkan kemalangan, melancarkan perjalanan dan dapat menjadikan kehidupan lebih harmoni kerana orang tidak stress dan marah-marah kepada korang. aku antara orang yg selalu memberi isyarat tangan mulut burung yang bermaksud, wei nak belok tolong laa bagi signal, nasib baik aku x jatuh motor. satu lagi kalo aku bawak kereta aku pandang jer kereta tersebut sambil mulut menyumpah-nyumpah dan memberi isyarat tangan mulut burung. tahu x kenapa? ko bayang kan kalo laa ada suami isteri dalam kereta, si isteri tengah menyusukan baby, kerana ko x bagi signal, kadang-kadang pasangan tersebut berada dibelakang kereta ko terpaksa menggunakan brek kecemasan. mahu tercampak baby dier. so selalu laa memberi signal ketika korang hendak membelok. situasi lain juga boleh berlaku apabila anda hendak kekiri dan orang yang berada dilorong yang anda hendak masuk tengah menanti kereta untuk berhenti. cuba bayangkan korang yang x bagi signal telah membuat dier menunggu lebih lama dan menyusahkan dier. so tolonglah bagi signal. begitu juga apabila korang nak masuk lorong paling kanan iaitu lorong paling laju, tolong beri signal lebih awal, kerana kita tidak pasti ada moto atau x dibelakang, jika moto laju, dan terlanggar kereta anda sapa yang patut dipersalahkan? beri signal itu percuma kawan-kawan dan akan memudahkan orang ramai. jika kamu memudahkan urusan orang lain, Allah akan mudahkan urusan kamu. waallahualam.
(kredit: the reporter)

Comments

Popular posts from this blog

gula tambahan tidak baik untuk kesihatan

Koma melihat Syurga dan Neraka

Empangan Batu Dulu dan Kini