Penyakit Cegahan Vaksin- Polio Wujud di Malaysia

Kenyataan akhbar pada 18 Disember 2019 yang dibuat Oleh Ketua Pengarah Kesihatan mengenai wujudnya kes pertama polio selepas program vaksinisasi dilaksanakan. Kes melibatkan seorang bayi lelaki warganegara Malaysia berumur tiga bulan dari Tuaran, Sabah yang telah mengalami demam diikuti dengan lemah anggota badan dan telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi di hospital. Beliau telah disahkan dijangkiti vaccine-derived poliovirus type 1 (VDPV1) pada 6 Disember 2019. Hasil ujian pengesahan yang dijalankan oleh World Health Organization (WHO) Polio Regional Laboratory di Australia, virus tersebut mempunyai perkaitan genetik dengan virus polio yang dikesan pada kes Acute Flaccid Paralysis (AFP) di negara Filipina. Seterusnya, vaccine-derived poliovirus type 1 ini diklasifikasikan sebagai circulating vaccine-derived poliovirus type 1 (cVDPV 1).(KP Kesihatan) Sehingga 5 Disember 2019, hasil siasatan di kawasan tempat tinggal kanak-kanak yang dijangkiti polio di Sabah ini mendapati 23 daripada 199 orang (11.6%) yang berumur di antara dua (2) bulan hingga 15 tahun tidak menerima vaksin polio. Ini satu keadaan yang sangat merunsingkan kerana penularan jangkitan cVPDV hanya boleh ditamatkan dengan imunisasi polio. Hasil penerangan mengenai kepentingan imunisasi polio bagi mencegah jangkitan polio, ibu bapa kesemua kanak-kanak tersebut telah bersetuju untuk mereka diberikan vaksin polio. Apa Itu Polio Semua Orang Perlu tahu betapa pentingnya vaksin Polio. Penyakit polio adalah penyakit berjangkit disebabkan virus polio yang menyerang sistem saraf manusia dan boleh menyebabkan kelumpuhan kekal. Sekiranya kegagalan pernafasan berlaku, ia boleh membawa maut kepada manusia Adakah Negara Kita Berisiko untuk Mendapat Jangkitan Virus Polio? Ya. Negara kita berisiko untuk mendapat jangkitan virus polio kerana terdapat negara di dunia ini yang belum bebas dari penyakit polio. Sekiranya terdapat pengembara yang dijangkiti virus polio dari negara terbabit masuk ke kawasan di negara ini yang ramai ahli masyarakatnya tidak mendapatkan imunisasi polio, maka risiko virus ini merebak adalah tinggi. Penularan ini akan lebih mudah berlaku sekiranya kebersihan diri tidak dijaga dan persekitaran kotor. Bagaimanakah Cara Virus Polio Merebak? Virus polio menjangkiti manusia secara fekal-oral. Virus dalam najis kes yang dijangkiti polio memasuki tubuh melalui beberapa cara seperti:= Memakan makanan dan / atau minuman tercemar. Tangan tercemar dan menyentuh mulut tanpa mencuci tangan dengan sempurna. Apabila objek seperti mainan tercemar dimasukkan ke dalam mulut. Apabila virus ini masuk ke dalam badan, ia akan membiak dalam usus. Ia kemudiannya dikumuhkan melalui najis dan menjangkiti orang lain melalui cara di atas. Individu yang dijangkiti boleh menyebarkan virus kepada orang lain walaupun mereka tidak menunjukkan sebarang gejala.(kredit :KKM) Orang Ramai dinasihatkan agar mengambil Vaksin IPV untuk anak-anak agar penyakit Polio ini dapat dibasmikan semula.
(Gambar Google)

Comments

Popular posts from this blog

gula tambahan tidak baik untuk kesihatan

Koma melihat Syurga dan Neraka

Empangan Batu Dulu dan Kini