Nenek Kebayan di Bahu Isteri
Masa tu aku baru kahwin pada tahun 2012, Isteri aku selalu cakap sakit belakang. Jadi, aku suruh dier pergi hospital untuk memastikan kenapa jadi macam itu, dekat hospital doktor membuat endoscopy dengan memasukkan kamera dari tekak ker hidung (aku lupa masuk ikut mana) hingga ke perut untuk melihat kenapa jadi macam tuu sebab apabila x-ray semua normal. Keputusan masih sama iaitu normal. Jadi kami fikir semuanya OK sebab normalkan. So kitorang lega. Pada akhir tahun 2012, kami berpindah dari rumah mak(Mak aku) selepas sebulan lebih berkahwin ke rumah sewa di Taman Jasa Perwira. Kebetulan jiran sebelah rumah aku adalah Ustaz. Aku pun minta pandangan dier dan tanya dia sebelum aku sapa duduk, Ustaz tuu cakap sebelum kamu duduk, ada seorang India Laki Bini duduk dan dorang bela anjing. Tup-tup x pasal-pasal aku kena samak rumah nie. Dan ustaz nie jugak bagi air penawar untuk aku cuci rumah nie. Takutlah ada benda-benda bukan-bukan kan. Jadi aku pun ikut kan apa ustaz nie cakap. Setiap malam Meriah rumah ustaz nie sebab ramai datang berubat. Bini aku masih sakit belakang lagi, aku pun buntu sebab doktor hospital tawakal cakap bini aku normal, so aku tanya Ustaz sebelah rumah nie. Ustaz nie cakap dengan aku untuk ubat sendiri bini aku tapi ustaz tuu ajar aku.. Ustaz tuu amik buku dier, Siap Photostat dan cakap ngn aku untuk baca ayat Nabi Suleiman nie. Untuk pengetahuan Korang, Ustaz tuu bagi aku photostat copy untuk 10 bab dan cakap dengan aku cuba baca sampai 3 bab dulu. Kalau dier x pergi jugak kita sembelih terus entiti tuu kalo aku baca sampai 10 Bab. Tapi ada cara dier, kita kena azan dan baca kt telinga kiri isteri sambil baca ayat quran (ayat nabi suleiman) sampai 3 bab. Hari berikutnya sebelum maghrib selepas balik kerja dengan isteri aku mengadu sakit belakang, aku pun apalagi, amik kertas tersebut dan buat seperti yang disarankan oleh ustaz tersebut. Dan apabila habis jer aku baca bab 3…. Muncul laa seorang perempuan tua bongkok memakai telekung. Aku agak terkejut juga, aku x bagi can pun dier cakap. Aku cakap ngan dier, “aku xnak ko ganggu isteri aku lagi, dan ko balik ke tempat asal ko, kalo ko degil mungkin aku akan sembelih ko” denagn x semena-mena jer, nenek tua tersebut terus hilang dari pandangan dan isteri aku tertido tadi pun bangun(aku xperasan pun isteri aku tertido) dan azan pun berkumandang. So bila isteri aku dah Ok dan kami pun dah selesai solat maghrib, aku ada tanya dier kenal x seorang nenek tua, pakai telekung? Dier pun berfikir balik dan dier teringat. Semasa dier belajar kejururawatan di KPJ Nilai dier ada termimpi seorang perempuan tua bertelekung hinggap di tingkap asrama dan tengok dier.(meremang pulak aku tulis kisah nie). Pada masa tuu dier sorang jer tido dan kawan-kawan lain ketakutan sebab dorang nampak masa tu. Dorang semua tido berhimpit-himpit kecuali bini aku. (yerlaa x sedar memang laa tido jerlaa kan) start dari situ dier sakit belakang. So aku cakap kat dier benda tuu laa kacau sehingga hangpa selalu sakit belakang. Sekian.
kredit gambar dari twitter @syhmrza

Comments
Post a Comment