Perkampungan Misteri
Pada tahun 2010 (berapa hb aku lupa), masa tuu pukul 1 pagi, aku baru balik dari majlis ilmu iaitu forum perdana di masjid negeri selangor. Pada masa ini, aku jadi urusetia sebab aku kakitangan masjid pada masa tu. So biasanya kami urusetia nie akan standby sahari awal, untuk memastikan segala persiapan lengkap dan memastikan bahawa program berjalan lancar. Pada masa tu, Exco agama adalah YB Dato’ H***** Ali. Beliau memag aktif dalam aktiviti agama Islam. Penat jugak kami kakitangan nie terutama Masjid Negeri. Selesai jer program malam tu, kami x balik lagi. Kami kena pastikan masjid betul-betul bersih, kerusi-kerusi semua tersusun, orang ramai semua dah balik. Tinggal kami dan kontraktor pembersihan sahaja yang bekerja. Setelah selesai semua, kami pun balik. Aku balik dengan menaiki kereta (Biasalah orang bujang kan masa tu, kereta popular masa tuu jugak adalah Myvi 1st Editionnyer). Tapi pada masa tuu selain MYVI saingan dier adalah Proton Satria NEO CPS bukan R3, aku R3 mampu pandang jer. So berbalik pada cerita asal, aku otw balik ke rumah di kuang jalan beringin, JALAN BERINGIN aku mention sekali lagi. Nama jalan pun dah seram kan. Masa tu baru berapa tahun pindah situ dan penduduk pun x berapa ramai. Sekarang dah ramai, tempat aku nak mention dan tangkap gambar pun dah orang kambus dah. Aku lalu situ pada PUKUL 1 Pagi!! Rumah aku ke dalam dan mesti melalui KUBUR… (tapi buat apa nak takut nanti kesitu jugak kita). So selepas melalui kubur aku akan melalui jalan menuruni bukit. Haaa kt situ laa, dengan keadaan aku keletihan dan macam nak terlelap tuu, aku menyusuri jalan tar tersebut dengan gelap gelita dan ditemani oleh cahaya bulan dan kereta lampu, tetiba dalam beberapa saat, tersilau mata aku, apahal tetiba ada cahaya matahari dan siang pada waktu dunia kita nie… dan tetiba aku hampir melanggar kanak-kanak bermain ditepi sungai, terus aku pusing kekiri dan gelap semula. Terkejut aku dari rasa nak lelap terus segar semacam dan aku kembali kerumah dan terus mandi. Dalam masa yang sama dari dulu aku terpikir kenapa aku boleh masuk sana dan kenapa pakaian dorang putih suci.. ker dorang yang dikatakan golongan jin iaitu bunian yang alam dier berbeza dengan kita. Mungkin sekarang kita moden tapi dorang masih berpakaian seakan-akan zaman dahulu.. Allahualam.
kredit gambar Live Japan

Comments
Post a Comment