Cara nak jimatkan bil elektrik
Zaman sekarang nie pelbagai cara atau alat yang digunakan bagi menjimatkan elektrik. sebagai contoh terdapat alat penjimat elektrik yang dijual diluar, tapi hakikatnya tidak menjimatkan pun. saya pernah beli alat jimat elektrik sampai 3 beli, tapi still bayar macam biasa dan kadang-kadang lebih mahal. so hakikatnya tidak menjimatkan. cara sebenar untuk menjimatkan elektrik adalah dengan mencabut plak-plak yang tidak digunakan. ini lebih bermanfaat dan menjadi, kalau tidak percaya sila laa cuba.
Peralatan Elektrik berstatus 5 bintang jika hendak membeli peralatan elektrik belilah yang berstatus lima bintang kerana telah diuji kecekapan guna tenaga oleh sirim dan sudah tentu jimat elektrik.
Apa akan berlaku jika terus menggunakan alat elektrik?
Jika menggunakan alat jimat elektrik yang membuat pintasan seperti kaedah wire bypass memamng dapat menjimatkan elektrik tapi turut berdosa seolah-olah mencuri elektrik, jika dapat dikesan mungkin boleh dikenakan tindakan saman keatas kerugian TNB. jika menggunkan alat jimat elektrik yang dipasang di plak pula. sangatlah tidak berbaloi kerana alat jimat elektrik itu hanya jimat pada permulaan sahaja dan bulan-bulan seterusnya akan membayar seperti biasa. jika menggunakan solar memerlukan modal yang besar disamping perlu mengetahu berapa nilai penyelenggaraan diperlukan dan mungkin juga berbaloi jika alat solar tersebut mempunyai waranti selama 10 tahun. tetapi, jika dikira balik mungkin sama sahaja niali pembelian alat solar dan penyelenggaraan dengan bayaran bulanan biasa.
Kesimpulan
jika hendak menjimatkan elektrik dan bayaran bulanan, saya berpendapat adalah dengan menarik keluar plak yang tidak digunakan dari plak elektrik kerana plak yang tidak digunakan jika bersambungan dengan plak elektrik masih mengalirkan tenaga elektrik serta belilah peralatan elektrik yang berstatus lima bintang bagi penggunaan tenaga yang efisien. Allahualam.

Comments
Post a Comment