Pemukul nyamuk elektrik
seronok rasanya apabila dapat memukul nyamuk lalat atau apa-apa benda terbang dengan pemukul nyamuk elektrik. kurang dah nyamuk di rumah selain memakai mosquito net di tingkap rumah. aku mengenali alat ini ketika berada dirumah mak di kampung, nyamuk kat kampung dah x jalan dah dengan semuran ridsect ker fumakilla ker, semua tidak berkesan. nyamuk laa sado sado kat kampung, terkejut aku. lepas tuu aku selalu perasan kenapa adik aku libas-libas alat tu, ingat badminton. setelah diamati, laa pemukul nyamuk rupanya. dier keluar kan renjatan sekiranya nyamuk, lalat atau benda terbang kecil melintas masuk ke dalam jaring. meletup-letup, banyak nyamuk mati. Dari situ baru laa aku tahu kegunaannya. seronok kat kampung aku memukul atau melibas-libas alat tersebut. jadi boleh tido dengan lena tanpa risaukan nyamuk lagi. kalo dengar jer bunyi nyamuk, terus cari alat tersebut. lagi satu alat tersebut boleh dicaj semula ianya menggunkan wayar caj telefon sahaja iaitu type A kepada micro. kan senang dan mudah untuk caj. alat tersebut boleh dibeli secara atas talian atau dekat DIY. DIY pun saya beli x sampai RM 15. mudahkan nak cari. cubalah try.

Comments
Post a Comment