Pengalaman tanpa gula tambahan

Pada tahun 2019 atau 2018(lupa lak). masa tu aku joint group puspanita(walaupun aku laki) sebab aku tertarik tajuk ceramah dorang, aku joint dorang. dalam tuu ada 3 lelaki jer.. mmg buat muka x malu laa. tajuk ceramah masa tu No Sugar Challenge Malaysia oleh Coach Puteri. memang menarik, coach nie dah berumur 40 tahun tapi masih aktif badan pun macam anak dara. so apa yg dier buat? dier just putuskan untuk tidak mengambil gula tambahan. yer betul dengan tidak mengambil gula tambahan, kita bole menjadi semakin kurus. nak tahu kenapa? sebab kita tak akan berasa lapar. so aku pun try buat laa. try untuk tidak memakan gula tambahan, memang menjadi, badan terasa ringan dan sedap laa. tapi... waktu nak putuskan tuu bukan senang, godaan kiri kanan datang, badan menggigil pada permulaan. waktu permulaan dulu, saya hanya makan nasi, ikan bakar dan sayur yang dibeli di medan selera dan minum air masak di pejabat. memang betul menjadi untuk sihat dan kurus. tapi tidak bertahan lama, bila wujud open house apa semua, semua benda ko x mampu tahan. aku tewas jgk akhirnya. hahahaa xper kita akan hadapi seksaan semula memandangkan aku tengah sambung belajar, jadi godaan tuu dah tiada kerana aku dikalangan pelajar-pelajar yang tidak selalu asyik nak makan. hahahahaa.. tapi memandangkan MCO tercabar jugak bila bini masak. so gais, jom kita kurus dengan kurangkan gula dan bersenam.

Comments

Popular posts from this blog

gula tambahan tidak baik untuk kesihatan

Koma melihat Syurga dan Neraka

Empangan Batu Dulu dan Kini